Ruang mesyuarat utama Valencia Group pagi itu sunyi sebelum sesi bermula.
Suasana formal, lampu putih terang, dan meja panjang yang memisahkan dua dunia—Valencia Group di satu sisi, Valentino International di sisi satu lagi.
Adrian Valentino duduk paling tenang di hujung meja.
Tangannya bersilang, wajahnya tidak menunjukkan apa-apa emosi.
Namun matanya…
tidak pernah berhenti pada satu tempat terlalu lama.
Terutama pada Naura Valencia.
Naura berdiri di hadapan layar besar, laptop terbuka di meja kecil di sisi.
“Baik, saya akan mulakan pembentangan,” suara Naura tenang.
Adrian sedikit menyandarkan badan ke kerusi.
“Silakan.”
Nada dia rendah. Neutral.
Tapi seluruh bilik secara tidak langsung fokus padanya.
Naura menekan remote.
Slide pertama muncul.
“Projek pelabuhan ini direka untuk meningkatkan kapasiti logistik antara negara ASEAN dan Eropah sebanyak dua puluh lima peratus.”
Dia berhenti sekejap.
Kemudian sambung.
“Dengan sistem pengurusan automasi baru, kita boleh mengurangkan kelewatan kapal sehingga lapan belas peratus.”
Adrian mengangkat sedikit mata.
“Menarik.”
Hanya itu.
Naura teruskan.
Namun sebelum dia sempat ke slide kedua…
Adrian menyelak dokumen di depannya.
“Naura.”
Suara itu memotong dengan tenang.
Semua orang diam.
Naura menoleh.
“Ya, Tuan Adrian.”
Adrian bersandar sedikit.
“Kenapa kamu pilih pelabuhan ini sebagai hub utama?”
Soalan pertama.
Simple.
Tapi bukan.
Naura jawab tanpa tergesa.
“Kerana lokasi ini berada di tengah laluan perdagangan utama. Ia mengurangkan jarak transit sebanyak dua hari.”
Adrian mengangguk perlahan.
“Tapi kamu tidak takut risiko geopolitik di kawasan itu?”
Soalan kedua.
Lebih dalam.
Naura tetap tenang.
“Kami sudah mengambil kira kestabilan jangka panjang berdasarkan data lima tahun terakhir. Risiko ada, tetapi boleh dikawal melalui diversifikasi laluan.”
Adrian diam sekejap.
Matanya tidak berkedip.
Kemudian dia sambung lagi.
“Kalau berlaku konflik yang tidak dijangka?”
Naura tidak terus jawab.
Dia tekan pointer.
Slide berubah.
“Dalam senario konflik, kita sudah sediakan pelan alternatif melalui pelabuhan kedua di bawah sistem backup logistics.”
Dia berhenti.
“Jadi, risiko tidak akan menghentikan operasi sepenuhnya.”
Sunyi.
Beberapa pengarah saling pandang.
Soalan Adrian bukan biasa.
Tapi Naura tidak kelihatan terganggu langsung.
Adrian menutup fail perlahan.
“Baik.”
Satu perkataan.
Tapi nada dia berubah sedikit.
Lebih fokus.
Lebih berminat.
Dia teruskan.
“Siapa yang bertanggungjawab jika berlaku kerugian besar dalam fasa awal operasi?”
Naura jawab segera.
“Valencia Group akan menanggung 60% risiko, Valentino International 40%.”
Adrian angkat kening sedikit.
“Kenapa kamu setuju beban lebih besar di pihak kamu?”
Naura tenang.
“Kerana kami yang mengawal operasi utama.”
Jawapan itu ringkas.
Tapi jelas.
Adrian diam lebih lama kali ini.
Beberapa saat.
Kemudian dia bersandar sedikit ke depan.
“Kalau begitu, kenapa kamu yakin Valentino tidak akan tarik diri bila rugi?”
Soalan itu lebih tajam.
Fernando di sisi mula rasa tegang.
Namun Naura tidak berubah ekspresi.
Dia menutup laptopnya sedikit, kemudian berkata:
“Kerana Tuan Adrian tidak melabur berdasarkan emosi.”
Semua orang diam.
Adrian tidak bergerak.
Naura teruskan.
“Dan berdasarkan rekod syarikat, Valentino International tidak pernah keluar dari projek yang sudah disahkan selepas due diligence selesai.”
Hening.
Seorang pengarah Valentino di belakang Adrian kelihatan terkejut kecil.
Adrian…
tersenyum tipis.
Hampir tidak kelihatan.
“Tepat.”
Satu perkataan itu jatuh seperti pengakuan kecil.
Tapi mata dia masih pada Naura.
Lebih lama sekarang.
Lebih dalam.
“Baik,” Adrian menyandarkan badan semula. “Soalan terakhir.”
Semua orang fokus.
Ini bukan lagi mesyuarat biasa.
Ini seperti ujian.
Adrian perlahan berkata:
“Kalau projek ini gagal, siapa yang kamu salahkan?”
Soalan perangkap.
Fernando langsung menegang.
Naura diam sekejap.
Semua orang menunggu.
Adrian juga.
Tapi Naura tidak panik.
Dia tarik nafas perlahan.
“Tiada siapa.”
Sunyi.
Adrian sedikit mengangkat mata.
Naura teruskan.
“Dalam projek berskala besar, kegagalan bukan datang dari satu pihak sahaja. Ia hasil sistem.”
Dia berhenti.
“Jadi kalau gagal, saya akan semak semula keseluruhan struktur—bukan cari siapa yang perlu disalahkan.”
Hening.
Kali ini benar-benar senyap.
Adrian tidak bergerak.
Matanya tidak berkedip.
Seolah-olah dia sedang menilai semula semua yang dia lihat sejak tadi.
Kemudian perlahan…
dia ketawa kecil.
Bukan kuat.
Tapi cukup untuk buat semua orang rasa berbeza.
“Menarik.”
Dia tutup fail.
“Cukup.”
Mesyuarat tamat tidak lama selepas itu.Semua orang mula keluar.
Naura mengemas laptopnya.
Namun suara Adrian kedengaran lagi.
“Naura.”
Dia berhenti. Adrian berdiri.
“Aku nak ajak kamu makan.”
Nada dia masih sama.Tenang.Profesional.
Seolah-olah itu sebahagian dari agenda kerja. Naura menghela nafas kecil.
“Saya rasa itu tidak perlu.”
Adrian tidak berubah ekspresi.
“Kita baru selesai mesyuarat besar.”
“Saya tetap tidak boleh.”
Hening.
Adrian menatapnya lama.
Terlalu lama.
Kemudian dia angguk.
“Baik.”
Dia berpaling.
Namun sebelum keluar…
dia berkata perlahan:
“Jawapan kamu hari ini… sangat tepat.”
Naura tidak sempat jawab.
Adrian sudah pergi.
Malam itu, Marco masuk ke ruabg kerja Adrian dengan fail tebal di tangan.
“Tuan.”
Adrian berdiri di depan kaca besar, melihat cahaya kota.
“Cakap.”
Marco membuka fail.
“Semua maklumat tentang Nona Naura Valencia sudah kami kumpulkan.”
Adrian tidak berpaling.
“Teruskan.”
Marco menelan nafas kecil sebelum membaca.
“Umur 24 tahun. Anak kepada Fernando Valencia. Lulusan bidang pengurusan bisnes di Singapura.”
Hening sekejap.
Kemudian Marco menyambung lebih perlahan.
“Dan… dia mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bernama Raka Mahendra.”
Jari Adrian yang berada di dalam poket sedikit berhenti.
Namun wajahnya tetap tenang.
“Hubungan?”
“Ya, Tuan. Sudah berjalan hampir tiga tahun. Mereka sering dilihat bersama dalam acara keluarga dan sosial.”
Sunyi.
Marco tidak berani menambah apa-apa lagi.
Adrian akhirnya berpaling sedikit.
Matanya tajam.
Adrian berjalan perlahan ke meja.
Tangannya menyentuh fail itu.
Tutup.
Kemudian buka semula.
Diam.
Lama.
“Jadi dia menolak aku…”
suara dia perlahan.
“…untuk lelaki lain.”
Marco diam.
Adrian tersenyum tipis.Tapi bukan senyum biasa. Lebih dingin. Lebih dalam.
“Menarik.”
Dia tutup fail itu dengan satu gerakan perlahan.
“Tetap pantau dia.”
“Baik, Tuan.”
Marco keluar.
Tinggal Adrian seorang diri.
Dan kali ini…
ketenangan dia tidak lagi sepenuhnya stabil.
Keesokan harinya, suasana di cafe hotel lima bintang itu seperti biasa...tenang, eksklusif, dipenuhi suara cawan kopi dan perbincangan bisnes yang rendah.
Adrian Valentino duduk di meja utama bersama beberapa investor asing.
Di hadapannya terbentang dokumen projek baru dari syarikat lain.
Semua orang berbicara.
Namun fokus Adrian… tidak sepenuhnya di situ.
Matanya sesekali bergerak perlahan, seolah-olah sedang menunggu sesuatu yang dia sendiri tidak mahu akui.
Seorang investor bersuara.
“Mr. Valentino, if we proceed with this expansion, the return will be...”
“I know,” potong Adrian tenang.
Suasana senyap sekejap.
Investor itu tergelak kecil gugup.
“Of course, you already analyzed it.”
Adrian hanya mengangguk kecil.
“Proceed.”
Ringkas.
Terkawal.
Namun di saat itu…
Matanya berhenti.Di seberang cafe. Ada Naura dan Raka.
Mereka sedang duduk berhadapan. Raka sedang bercakap sesuatu sambil ketawa kecil.
Naura tersenyum lembut.
Bukan senyum profesional. Tapi senyuman paling manis.
Tangan Raka di atas meja perlahan menyentuh jari Naura.
Seperti sesuatu yang sudah biasa.
Namun bagi Adrian… gerakan itu terlalu jelas. Terlalu “memiliki”.
Jari Adrian di bawah meja perlahan mengepal. Tapi cukup untuk berubah warna buku jarinya.
“Mr. Valentino?”
Suara investor memanggil lagi.
Adrian berpaling.
“Continue.”
Nada dia masih sama.
Tapi matanya tidak lagi di meja.
Di meja Naura. Raka sedang berbicara lembut.
“Kamu nampak penat akhir-akhir ini.”
Naura menggeleng kecil.
“Biasa saja. Proyek pelabuhan memang agak besar. Iya, harus kerja kuat."
Raka tersenyum.
“Sayang, kamu terlalu serius dengan kerja.”
Naura ketawa kecil.
“Kalau bukan aku yang serius, siapa lagi?”
Raka diam sekejap.
Kemudian dia menyentuh tangan Naura lebih lama.
“Tapi aku tetap nak kamu jaga diri yah, sayang."
Naura angguk.
“Aku tahu.”
Suasana mereka tenang.
Terlalu tenang.
Dan tanpa mereka sedari…
dari jauh, seseorang sedang memerhati setiap detik.