“Alea…”
“Hmmm?”
“Boleh tak kalau kita…”
Brrrttttt… Brrrtttt…
Kening Inas berkerut kerana kesal. ‘Siapa yang call malam-malam macam ni!’
Alea melepaskan pelukan Inas mengambil telefon bimbitnya, tangannya menutup mulut kerana terkejut melihat nama pemanggil. Dia bangkit duduk lalu menjawab panggilan telefon yang tidak mungkin akan ditolaknya. Sedikit khuatir memandangkan hubungannya masih dirahsiakan dari pemanggil itu.
Puan Saodah,
“Assalamualaikum.”
“Walaikumsalam puan. Puan apa khabar?”
Inas menyeringai mendengar panggilan puan yang keluar dari mulut isterinya. Dia turut bangkit lalu menekan simbol loud speaker di telefon bimbit isterinya agar dia bisa mendengar perbualan Alea dan uminya.
“Umi sihat sayang. Lea di mana ni?”
“Emm... Lea di apartment.”
Jawab Alea ragu-ragu, me