“Morning sunshine!” Ucap Inas sambil menenggelamkan wajahnya ke ceruk leher isterinya. Menghirup wangian yang keluar dari tubuh wanita yang telah menjadi candunya.
Dengan mata yang masih tertutup, Alea tersenyum bahagia sambil menarik selimut untuk menutupi bahagian tubuhnya yang terdedah. Dia membiarkan kelakuan suaminya yang semakin manja sekaligus merimaskan. Sudah 4 hari mereka berada di Fukuoka, Jepun. Tubuhnya kepenatan akibat berjalan sepanjang hari, bermula dengan mengunjungi taman-taman bunga, mengunjungi istana lama, menyusuri pantai sehinggalah melihat persembahan bunga api, tidak terkecuali aktiviti panas mereka.
“Penat?” Tanya Inas dengan suara separuh berbisik.
Alea menggeleng laju, perlahan dia membuka matanya menatap langit-langit kamar hotel yang mereka huni. Jari jema