“Apa makna semua ini Inas? Abi tak pernah ajar Inas buat benda macam ni!”
Suara tuan Rahman mengejutkan Inas sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik abinya. Hatinya remuk melihat gambar anaknya yang diterima beberapa hari yang lepas. Dia tidak pasti apa tujuan pengirim, hanya anaknya yang mungkin tahu jawapannya.
Inas mengamati beberapa keping gambar yang berselerak di atas meja kerja abinya. Jantungnya seperti ingin luruh melihat gambarnya bersama Natasya sedang tidur di atas sofa pejabatnya di Riau. Tangannya mengepal geram!
”Inas tak pernah tidur dengan Natasya abi. Inas masih tahu adab, dosa, pahala!”
“Kalau Inas tahu adab, dosa dan pahala kenapa benda macam ni boleh terjadi? Inas tahu betapa kecewanya umi? Macam mana dengan isteri Inas kalau dia tahu benda ni?” Marah tuan Rahman.