“Sayang…”
“Hmmm…”
“I love you.”
“I love you too.”
“Abang sayang Alea. Tak ‘kan ada yang boleh gantikan Lea di sisi abang. Hanya Lea isteri abang, kekasih abang.”
Bahagia. Mendengar kata-kata cinta dari suaminya membuatkan Alea tersenyum bahagia. Walau hanya dalam mimpi, tapi terasa nyata.
Alea terbangun dari tidurnya saat merasakan ada serangga hinggap di lehernya. Dia merinding kegelian kerana serangga bukanlah haiwan kegemarannya. Tangannya laju menepis serangga yang bergerak-gerak namun tangannya berhenti bergerak saat dia benar-benar sedar. Aroma itu.
Dari kesamaran lampu meja matanya menangkap sosok tubuh seseorang di sampingnya.
“Abang?” Alea bingung, matanya melirik jam dinding yang menunjukkan pukul 3 subuh.
“Ya sayang.” Jawab Inas dengan suara garaunya.
Suara Inas meyak