“Ayah… Ibu… Acik Lea jatuh!” Jerit seorang anak perempuan berusia 7 tahun sambil ketawa.
Alea mengibas punggungnya yang kotor kerana tergelincir semasa naik ke batas sawah. “Jangan ketawa kuat-kuat, nanti orang lain dengar!” Marah Alea membuatkan anak saudaranya menutup mulut menahan tawa.
“Abang dah cakap tak payah turun, degil! Esok-esok nak kerja macam mana kalau sakit badan.” Bebel Latif geram.
“Lea nak tolong je!”
Alea meregangkan pinggang sambil membersihkan pakaiannya. Sudah lama dia tidak turun ke sawah, kali terakhir adalah sebelum dia melanjutkan pengajian. Alea menatap abangnya yang masih sibuk menanam padi. Selepas beberapa lama tidak berjumpa, sikap abangnya telah banyak berubah. Seperti yang diceritakan oleh kakak iparnya, Latif sering menangis memikirkan nasib Alea selepas dipaksa menikah. Dia juga sering meluahkan kekesalannya kerana telah menyakiti Alea.
“Assalamualaikum.”
Semua mata memandang ke arah suara orang yang memberi salam.
“Walaikumsalam.”
Mata Alea membulat akibat terkejut kerana melihat Inas berjalan menghampiri mereka dengan tangan di dalam saku seluarnya. Tampan!
Inas menggeleng melihat wajah Alea yang merah akibat sinar terik matahari. Pakaian dan kakinya dipenuhi lumpur. Comel!
“Ke… Kenapa Inas boleh ada di sini?” Tanya Alea bingung.
“Because I miss you sayang.” Bisik Inas perlahan di telinga Alea sehingga membuatkan isterinya memalingkan wajah kerana malu.
“Alea cakap kau banyak kerja, tak dapat datang.” Suara Latif mengejutkan Alea. Latif membersihkan tangannya lalu menghampiri pasangan suami isteri itu dengan pandangan curiga.
“Apa khabar bang.” Tanya Inas sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. “Kerja Inas dah siap, sebab tu Inas cepat-cepat datang sini, nak jemput Alea.” Jelas Inas sambil tangannya memeluk bahu Alea erat, tidak peduli dengan reaksi wajah isterinya. ‘Aku takkan lepaskan kau kali ni Alea!’
*
Sesampainya mereka di rumah, Indah menarik tangan Alea ke dapur. “Itu suami Lea? Nama dia siapa? Umur dia berapa?” Tanya Indah ingin tahu.
Alea menyeringai mendengar pertanyaan kakak iparnya. “Heee… Ya kak, suami Lea. Nama dia Syafi Inas, Umur dia 30 tahun.”
“Kalau handsome macam tu, kena paksa kahwin 100 kali pun akak tak kisah.” Gurau Indah sengaja mengusik Alea.
“Kak Indahhhh…”
“Dah, pergi mandi. Kotor! Akak nak buat kopi.”
Indah menghidangkan kopi berserta biskut kering lalu duduk di samping suaminya. “Maaf Inas, kami tak tahu Inas nak datang, tak sempat nak sedia kuih muih.”
“Eh… Tak apa kak. Inas yang patut minta maaf sebab tak sempat nak beli buah tangan tadi.” Ujar Inas sambil menghirup kopi yang dihidangkan.
Inas memerhatikan pemandangan hijau di hadapan rumah abang iparnya. Nyaman!
“Inas dan Alea bila nak ada anak?” Tanya Indah memecahkan kesunyian memandangkan suaminya bukanlah seorang yang mudah berbicara dengan orang. “Dah setahun lebih nikah, tak kan tak ‘berisi’ lagi.”
Inas meneguk liurnya kasar mendengar pertanyaan Indah. ‘Macam mana nak ada anak, buat ‘itu’ pun tak pernah!’
“Belum ada rezeki lagi kak, lagipun Inas tunggu Alea habis belajar.”
“Berapa lama lagi Alea nak habis belajar?” Tanya Latif
“Dalam 3 bulan lagi bang. Lepas praktikal ni dia dah habis belajar. Abi pun dah ajak Lea kerja di syarikat abi.”
Latif mengangguk, bersyukur kerana adiknya dapat menamatkan pengajiannya dan diam-diam berharap agar adiknya hidup dengan bahagia bersama keluarga kecilnya.
*
Selesai menikmati makan malam, Alea meminta abang dan kakak iparnya berbual bersama Inas di ruang tamu sementara dia membersihkan dapur. Sebenarnya dia sendiri masih kekok untuk berbicara dengan Inas, ditambah lagi rasa kesalnya kerana melihat Inas bersama Natasya. Tanpa sedar Alea menghembus nafas kasar memikirkan hal tersebut.
“Masih marah dengan Inas?” Bisik Inas di telinga Alea sambil melingkarkan tangannya di perut Alea.
Bahu Alea terangkat kerana terkejut dengan kehadiran Inas di dapur. Enggan menjawab pertanyaan suaminya itu, Alea meneruskan kerjanya membasuh pinggan. Cuba menahan rasa geli saat Inas mengusap perutnya dengan lembut.
“I miss you sayang.” Bisik Inas lagi dengan dagunya sengaja dibiarkan di bahu Alea.
Alea menelan liur, degupan jantungnya semakin tidak normal saat mendengar ucapan Inas. ‘Sayang?!’
“Hmm… Inas pergi mandi sekarang. Air di sini sejuk, tak ada water heater.” Arah Alea sambil berusaha mengelak bibir Inas yang mula bermain di lehernya. “Lea dah sediakan tuala di atas katil.” Ujar Alea lagi menolak tubuh Inas yang melekat di belakangnya.
“Lea tak rindu Inas?”
“Tak.”
Inas tersenyum menyeringai mendengar jawapan Alea. Dia tahu isterinya masih marah.
*
“L… L… Lea...”
Alea yang sedang duduk di meja belajarnya menoleh saat mendengar Inas memanggil namanya terketar-ketar dengan tuala yang hanya menutupi pinggang sehingga ke lututnya. Tangannya dilipat di dadà kerana kesejukan.
Sekilas terukir senyuman mengejek di bibir Alea. “Lea dah pesan tadi mandi awal, Inas tak nak dengar.” Bebel Alea sambil tangannya menarik Inas untuk duduk di hujung katil. Dia mengambil selimut lalu menyelimuti tubuh Inas yang menggigil kesejukan.
“Lea dan cakap tadi air di sini sejuk.” Bebel Alea lagi, tangannya sibuk mengeringkan rambut Inas menggunakan tuala. “Macam mana kalau Inas demam. Degil!”
Inas merasakan tubuhnya kesejukan namun hatinya menghangat mendengar bebelan Alea. Sekurang-kurangnya dia tahu gadis itu mengambil berat tentang dirinya.
Inas mendongakkan kepalanya ingin melihat wajah Alea, alih-alih pandangannya terarah ke dadà Alea yang betul-betul berada di depan matanya. Rezeki!
“Sejuk.” Dengan pantas Inas menarik Alea ke pelukannya, membenamkan wajahnya di dadà isterinya itu. ‘Ah… Lembut! Macam mana agaknya kalau dia tak pakai bra.’ Fikir Inas nakal.
“Inas nak minum coklat panas?”
“Tak nak.” Inas menggeleng sambil menikmati kelembutan di dadà isterinya.
Alea menjadi salah tingkah saat dia sedar wajah Inas menekan-nekan dadànya. Dia menolak bahu Inas perlahan agar pemuda itu melepaskan pelukannya, namun tangan Inas semakin erat memeluknya.
“Inas tidur di sini, Alea boleh tidur dengan Sofia di bilik sebelah.”
“Huh… Kenapa Lea nak tidur dengan Sofia? Lea tak selesa Inas ada di sini?” Tanya Inas kesal lalu melepaskan pelukannya.
*
Terima kasih sudi baca novel aku..