“Huh… Kenapa Lea nak tidur dengan Sofia? Lea tak selesa Inas ada di sini?” Tanya Inas kesal lalu melepaskan pelukannya.
“Bukan…”
“Kalau Lea tak selesa, biar Inas balik malam ni.” Potong Inas. Dia berdiri melepaskan selimut yang membaluti tubuhnya lalu mengenakan pakaiannya.
Alea mengetap bibir memerhatikan Inas mengemas beg pakaiannya dan mengambil kunci kereta. Bukan itu yang dimaksudkannya. Hatinya sakit melihat Inas yang ingin pergi meninggalkannya. Cukuplah derita dia ditinggalkan ayah dan ibu, jangan ditambah derita akibat ditinggal suami pula.
“Inas…” Alea menarik tangan Inas tidak ingin pemuda itu pergi. Matanya berkaca-kaca menahan tangis.
“Kalau Lea tak suka Inas datang sini, Inas boleh balik sekarang.” Sengaja mengugut isterinya yang sebentar lagi pasti akan mengeluarkan air mata. ‘Gila aku nak balik tengah malam macam ni, kalau siang tadi aku boleh sesat, apatah lagi malam.’ Fikir Inas.
“Bukan Lea tak suka, Lea takut Inas tak selesa. Bilik Lea kecil, katil Lea pun kecil.” Jelas Alea dengan suara tersekat-sekat kerana air matanya sudah mengalir di pipinya.
Alea mengeratkan pegangan tangannya saat merasakan Inas cuba meleraikan tangannya. Hatinya bertambah sakit. ‘Inas dah tak nak dengan aku? Tidak! Aku tak kan biarkan dia tinggalkan aku! Gila nak lepaskan dia, tak pasal-pasal aku jadi janda!’
“Alea minta maaf. Inas jangan balik.”
Inas menarik tangannya kasar lalu berjalan menuju ke arah pintu bilik membuatkan air mata Alea mengalir laju melihat Inas yang ingin pergi meninggalkannya. ‘Suka sangat tolak aku, baru tau langit tinggi atau rendah! Kan dah nangis.’ Gumam Inas.
Klik!
Alea mengangkat wajahnya ketika mendengar bunyi pintu bilik dikunci. Melihat Inas masih berdiri di sana dengan senyuman menyeringai, perasaan senang dan kesal hadir bersama-sama. ‘Kurang asam! Dia kenakan aku lagi!
Inas menghampiri Alea lalu memeluk isteri kecilnya itu dengan erat. “Inas tak kisah bilik Lea sempit atau katil Lea kecil, yang penting Lea ada di sisi Inas. Lagipun…”
“Lagipun…?” Alea mendongak melihat wajah Inas dengan kening berkerut, menunggu apa yang ingin dikatakan oleh suaminya.
Inas tunduk menatap mata Alea dalam. “Lagipun kalau nak buat anak, tempat sempit pun boleh.” Bisik Inas dengan senyuman nakal di bibirnya.
“Auchhh… Sakit… Sakit Lea.” Inas mengelus perutnya yang dicubit Alea.
“Gatal!”
“Inas gatal dengan Lea je.”
“Tipu!”
“Betul sayang…”
“Natasya?”
“Lea cemburu?”
“Tak…”
“Inas tak ada apa-apa dengan dia. Inas terserempak dengan dia di airport, dia yang terhegeh-hegeh nak ikut Inas balik rumah umi. Tak sangka Lea ada di sana, kan dah jadi salah faham.” Luah Inas kesal. “Ingatkan balik dari outstation dapat bermanja-manja dengan Lea, ehhh… Malah merajuk pulak.”
Alea tersenyum mendengar penjelasan Inas. Sungguh, dia sangat terluka melihat suaminya disentuh oleh wanita lain. “Dah dia peluk-peluk Inas macam cacing kepanasan, mana Lea tak cemburu. Ehhhh…” Alea mengetap bibirnya. “Hmm… Lea nak tidur.”
“Hahahaha… Ingatkan urat cemburu Lea dah putus, rupanya masih berfungsi dengan baik.” Usik Inas. “Inas janji, lepas ni takkan ada wanita lain yang boleh sentuh Inas, kecuali…”
Alea memicingkan matanya menatap suaminya dengan tajam. “Kecuali?”
Inas mencuit hidung Alea geram. “Kecuali Alea dan umi. Heeee...” Inas tersengih menampakkan gigi putihnya.
“Lea nak tidur.” Inas melepaskan pelukannya membiarkan Alea merebahkan tubuhnya di atas katil.
“Alea…”
“Hmmmm…”
Alea menahan nafas saat tangan besar Inas mengelus pinggang dan perutnya lembut. Katil kecilnya membuatkan dia terpaksa tenggelam di dalam pelukan Inas sehingga dia dapat merasakan dadà bidang pemuda itu di belakangnya.
“Kenapa Lea tak pernah balas mesej Inas?” Tanya Inas sambil menarik tubuh Alea agar beralih menghadap ke arahnya.
“Kenapa Inas tak balas mesej Lea masa outstation hari tu?” Tanya Alea semula. Dia geram mengingat pemuda itu tidak menghubunginya semasa berada di Riau.
Inas tersenyum mendengar pertanyaan isterinya. “Inas saja tak nak balas, nak tengok Lea rindu Inas atau tidak.”
“Oh… Macam tu. Jawapan Lea pun sama, Lea saja tak nak balas mesej Inas, nak tengok Inas rindu Lea atau tidak.” Jawab Alea memulangkan paku buah keras.
“Sejak bila pandai menjawab ni?” Inas menopang kepalanya dengan tangan, mendekatkan wajahnya dengan wajah Alea lalu menggigit pipi Alea kerana geram.
“Sakit!”
“Inas rindu Lea, rindu sangat-sangat!” Luah Inas dengan suara garau.
Sejurus meluahkan rasa rindunya, Inas mendaratkan ciuman di bibir Alea. Melumat bibir isterinya lembut, meluapkan rasa rindunya kerana hampir tiga minggu dia tidak bertemu isterinya.
Alea menutup matanya menikmati ciuman hangat Inas di bibirnya. Membiarkan bibir Inas terus bermain di bibirnya, sesekali dia berusaha mengucup lembut bibir atas suaminya yang dirasakan sangat menggoda. Selepas beberapa ketika, tangannya menolak bahu Inas perlahan agar pemuda itu menghentikan ciumannya kerana merasakan dia sudah kehabisan nafas akibat ciuman panas Inas.
“Inas…”
Inas tersenyum lalu menyusupkan wajahnya di leher Alea, menahan rasa. Ingin menuntut haknya namun keadaan sepertinya tidak mengizinkan.
“I want you sayang…” Bisik Inas dengan nafas terengah-engah.
Blush!
‘Apa maksud Inas? Jangan cakap dia nak hak dia sekarang? Aduh… Katil ni dah lah sempit, baru gerak sikit dah bunyi kiuk kiuk! Macam mana agaknya kalau… Tak pasal-pasal satu rumah boleh dengar. Ish…Apa yang kau fikir Alea!’
“Esok kita balik apartment Inas nak tak?” Tanya Inas dengan memainkan ibu jarinya di bibir Alea. Cuba meredakan keinginannya yang satu itu.
“Eh… Kenapa? Nak buat apa? Alea dah plan cuti di sini sampai Selasa.”
“Nak bagi nafkah batin. Nak bunuh syàitan. Nak buat anak.”
“Inas…”
“Nak berdua-duaan dengan isteri Inas. Nak juga rasa macam mana makan minum Inas dijaga oleh isteri sendiri.”
“Oh… Okay. Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi. Tidur sebelum Inas berubah fikiran. Inas dah berusaha tahan diri supaya tak bagi Lea kerja overtime malam ni.” Ugut Inas dengan suara garau.
Gulp! Alea menelan liur. ‘Tapi macam mana kalau umi dan abi tau aku tidur di rumah Inas? Bila dia nak berterus-terang dengan umi dan abi?’
*
Terima kasih yang sudi baca novel aku.. Esok aku up lagi ya ^_^