“Alaaa… Dah nak balik. Akak ingatkan Lea nak tinggal sini sampai hari Selasa.”
“Inas ada kerja kak.”
“Kerja apa hujung minggu macam ni? Ehemmm… Atau nak bunuh syàitan?” Usik Indah.
Wajah Alea merona merah mendengar usikan kakak iparnya. “Kak Indahhh! Ish… Malas nak layan. Syafiq dan Sofia mana?” Sengaja mengalihkan percakapan mereka.
“b***k-b***k dah pergi mengaji di masjid sana. Jam berapa Lea nak gerak?”
“Sekejap lagi kak. Lea tunggu Inas, dia pergi sawah jumpa abang.”
Alea duduk di beranda rumah menunggu kelibat suaminya. Sudut bibirnya naik mengingatkan bagaimana Inas menggigil kesejukan selepas mandi awal pagi tadi.
“Na..N.. Nanti beli water heater, pasang di rumah ni. Inas tak tahan sejuk.” Rengek Inas yang duduk di hujung katil sambil memeluk Alea untuk menghangatkan tubuhnya.
Alea mengangguk mengiakan permintaan suaminya. “Dasar anak manja!”
Inas hanya mengabaikan kata-kata Alea. Dia mengangkat kepalanya menatap wajah Alea yang masih sibuk mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Menatap wajah Alea mengingatkan dia bagaimana mereka terperangkap sehingga terpaksa menjadi suami isteri dalam sekelip mata.
Kening Alea berkerut saat merasakan Inas menatapnya sedari tadi. “Kenapa? Ada yang salah?” Alea meraba wajahnya kalau-kalau ada nasi yang melekat di wajahnya. Eh… Tapi aku belum makan.
Inas melepaskan pelukannya lalu berdiri. “Tak ada yang salah, Inas suka tengok strawberry di leher Lea.” Ucap Inas lalu mengambil pakaiannya yang sudah tersedia rapi di atas katil.
“Strawberry?” Alea bingung.
“Hmmm… Lea kalau nak keluar bilik pakai tudung.” Pesan Inas, menahan senyuman di wajahnya. “Inas nak pegi sawah jumpa abang sekejap.” Dia mengucup pipi Alea singkat lalu melangkah keluar dari bilik.
‘Strawberry? Kenapa aku nak kena pakai tudung dalam rumah, bukan ada orang lain pun di rumah ni.’ Fikir Alea namun masih menuruti perintah suaminya untuk memakai tudung.
‘Syafi Inas!!!’ Alea melopong di hadapan cermin kerana melihat ‘strawberry’ yang dimaksudkan oleh suaminya. Lehernya… Ya, kelihatan satu, dua, tiga… Ada tiga strawberry merah di lehernya, sudah pasti hasil karya nakal Inas.
‘Nasib baik aku tak keluar tadi, macam mana kalau Kak Indah atau abang tengok!’
*
“Jaga diri baik-baik Lea, dalam rumah tangga mesti banyak bersabar.” Indah memeluk Alea erat. “Kalau ada masa jenguk kami sekali sekala, jangan tunggu bertahun-tahun baru nak balik.”
“Errr… Kak Indah bagi pesanan, nasihat atau membebel?” Usik Alea membuatkan Indah tambah mengeratkan pelukannya.
“Acik Lea, nanti jangan lupa belikan Syafiq mainan.”
“Sofia pun nak!”
“Ya… Ya... Nanti acik belikan lagi.Tapi Syafiq dan Sofia mesti belajar rajin-rajin. Boleh?”
“Boleh!” Jawab mereka bersamaan.
“Dah sampai nanti bagitau abang.” Pesan Latif memeluk dan mencium kepala Alea penuh kasih.
“Tolong jagakan Alea.” Pesan Latif sebaik saja Inas dan Alea masuk ke dalam kereta.
Inas senyum mengangguk mendengar pesanan abang iparnya.
Kereta Inas meluncur laju diiringi padi-padi yang menghijau, suasana di dalam kereta menjadi hening, Alea masih hanyut dalam tangisannya. Inas meraih tangan iserinya lalu mengusap lembut.
“Dah lah, nanti mata Lea bengkak. Next time kita balik lagi, apply cuti lama sikit.”
Alea hanya mengangguk tanpa menjawab.
“Lagi satu, sebelum balik kampung jangan lupa beli water heater. Nanti kecut telur Inas mandi air sejuk setiap hari.”
Alea terkekeh mendengar kata-kata Inas, satu tamparan hinggap di bahu suaminya.
Inas senang melihat Alea ketawa. Dia teringat perbualannya dengan abang iparnya awal pagi tadi.
“Selepas ayah pergi, ibu yang membesarkan kami. Aku mengerjakan sawah, Alea menjual kuih. Kadang-kadang dia ambil upah bersihkan halaman rumah orang. Selepas ibu meninggal sebab masalah buah pinggang, aku jadi tak tentu arah, Alea selalu jadi tempat melepas geram.” Keluh Latif meraup wajahnya
Inas dapat melihat kekesalan di wajah abang iparnya.
“Lepas aku kahwin, Alea seolah-olah sedar tanggungjawab aku bertambah, dia buat macam-macam kerja untuk perbelanjaan sekolahnya sendiri. Selepas tamat sekolah, aku cadang nak jodohkan dia dengan orang kaya di kampung ni sebab aku tak nak tengok dia hidup susah. Tapi dia menolak sebab nak sambung belajar. Dia nekad nak belajar. Apa yang buat aku kesal, setiap bulan Alea kirim duit untuk perbelanjaan anak-anak aku, walaupun isteri aku dah larang.”
Inas menepuk bahu abang iparnya memberikan kekuatan saat pemuda itu tanpa sedar mengalirkan air mata.
“Aku betul-betul marah dengar khabar dia ditangkap khalwat, aku ingatkan dia jual diri untuk mendapatkan duit.”
Inas memotong percakapan Latif. “Sumpah bang, Inas dan Alea tak buat apa-apa, Inas tak tahu Lea ada di rumah umi sebab ganti Kak Esah. Alea pun tak tahu Inas balik rumah umi petang tu.”
Latif mengangguk. “Alea dah ceritakan semuanya dengan Indah. Aku menyesal tak dengar penjelasan adik aku sendiri masa tu.”
Giliran Latif menepuk bahu Inas seolah-olah menyerahkan tanggungjawabnya kepada suami adiknya.
“Aku harap kau boleh jaga Alea. Kalau dia ada buat salah, tegur dan didik dia untuk menjadi isteri yang baik. Dari luar dia memang nampak kuat, tapi sebenarnya dia sama sepeti wanita yang lain, lemah.” Latif menghela nafas berat
*
“Boleh tak kalau kita singgah beli barang sikit?” Tanya Inas menoleh sekejap ke arah Alea.
Alea mengangguk. “Tapi…”
“Tapi?”
“Macam mana kalau kita terrrr…jumpa dengan umi atau abi atau adik beradik Inas. Atau mungkin Natasya?”
Inas mencuit hidung Alea geram. “Inas tak kisah siapa pun yang akan kita terrrr…jumpa nanti.” Dia menarik tangan Alea lalu menautkan jari-jemari mereka.
Alea menggigit bibir menahan senyuman. Hatinya bergetar melihat tangan besar Inas menggenggam jari-jari kecilnya. ‘Eeiiiiii… Kenapa dia sweet sangat ni. Aku cium baru tau! Astaga Alea… Kau dah gila!’
“Boleh tak jangan selalu gigit bibir tu. Dari dulu Inas perhatikan Lea suka sangat gigit bibir.”
“Dari dulu? Sejak bila Inas perhatikan Lea?” Tanya Alea ingin mengusik.
Inas melirik Alea tajam. “Lepas kena tangkap khalwat.”
Plak!
Tapak tangan kiri Alea hinggap di lengan berotot Inas. “Jangan ungkit pasal tu boleh tak.” Bibir Alea muncung kerana kesal.
“Hahaha… Betul lah, Inas tengok Lea selalu gigit bibir. Kalau Lea nak, Inas boleh tolong gigitkan.” Ujar Inas dengan senyuman penuh makna. Melihat Alea yang tidak mengendahkan kata-katanya, Inas menggigit jari Alea kuat.
“Aaaa… Sakit!”
“Itu akibat kalau Lea tak nak layan Inas.”
‘Cih… Dasar anak manja. Dia fikir jari aku ni kaki ayam? Tapi bibir dia sèksi!’
Mereka sampai di perkarangan pusat membeli belah, namun Inas masih belum mematikan enjin kereta membuatkan kening Alea berkerut. “Kenapa?”
Inas duduk menghadap Alea, menarik tangan Alea ke genggamannya. “Dengar apa yang Inas nak cakap.” Sebelah tangannya mengusap pipi Alea. “Mungkin istilah tangkap khalwat agak berat untuk kita. Tapi kita berdua tahu, kita tak ada buat benda yang bukan-bukan, betul tak?” Sudut bibir Inas terangkat melihat Alea mengangguk laju. “Percaya dengan aturan Nya Alea. Inas tak pernah salahkan Lea dan Inas harap Lea tak salahkan Inas sebab kita terpaksa menikah malam tu. Mungkin ada hikmah yang kita tak tahu.”
Alea mengangguk mengiakan kata-kata Inas. “Maaf. Lea…”
“Dah, jangan muncungkan bibir macam tadi kalau tak nak Inas cium.” Usik Inas lalu mematikan enjin keretanya.